5 punca kenapa luka pembedahan lambat sembuh

5 Punca Kenapa Luka Pembedahan Lambat Sembuh

5 punca kenapa luka pembedahan lambat sembuh 5

Bagi pesakit diabetes, mereka sangat berisiko untuk pastikan luka pembedahan cepat sembuh. Diabetes berpunca daripada ketidakupayaan menghasilkan insulin. Insulin ini berfungsi untuk menukarkan gula/glukosa dalam badan menjadi tenaga. Sekiranya insulin tidak berupaya menukarkan gula kepada tenaga, maka paras gula akan meningkatkan. Ini antara punca kenapa luka pembedahan lambat sembuh.

Jadi bagi pesakit diabetes, mereka perlu diberi perihatian kerana mereka tidak sedar akan luka yang terjadi. Paling berisiko jika terdapat luka kaki. Luka dikaki boleh bertukar kepada ulser kaki yang boleh menyebabkan kaki di potong jika tidak dirawat dengan baik. Oleh itu, penting untuk sentiasa membuat pemeriksaan diseluruh badan. Jika terdapat luka , kita boleh dapatkan rawatan segera untuk mengelakkan risiko yang lebih besar.

Punca Kenapa Luka Pembedahan Lambat Sembuh

5 punca kenapa luka pembedahan lambat sembuh 4

1) Tahap Bacaan Gula Tinggi
Bila bacaan gula tinggi antara punca luka pembedahan lambat sembuh penyembuhan luka. Ini kerana jika gula tinggi dalam darah akan :

  • Menghalang nutrisi dan oksigen untuk sel lebih bertenaga
  • Menghalang sistem imunisasi berfungsi dengan baik
  • Meningkatkan keradangan pada luka pembedahan

2) Neurophaty
Neurophaty menyebabkan bacaan gula lebih tinggi dari biasa. Ini akan menyebabkan kerosakan saluran darah yang menjadi punca kepada pesakit diabetes kurang deria rasa. Neuropahty biasanya berlaku di bahagian kaki dan tangan. Jika ini terjadi, pesakit diabetes tidak dapat merasa luka yang berlaku. Ini yang menjadi punca kenapa luka pembedahan lambat sembuh dari orang lain.

3) Peredaran Darah Yang Lemah
Bagi pesakit diabetes, lama kelamaan mereka akan menghadapi saluran darah semakin sempit.
Ini menyebabkan peredaran darah lemah. Keadaan ini menyukarkan oksigen dan nurtrisi sampai ke tempat yang luka. Ditambah lagi gula dalam darah yang tinggi menyebabkan darah menjadi pekat. Disebabkan saluran darah yang sempit dan darah yang pekat menjadi punca luka lambat sembuh.

4) Kekurangan Sistem Imun
Mereka yang menghidapi kencing manis, akan mempunyai masalah sistem imun yang lemah. Ini kerana sel imun tidak dapat berfungsi dengan baik disebabkan gula dalam darah terlalu tinggi. Jika sistem imun tidak dapat melakukan tugasan dengan baik ini akan memudahkan jangkitan berlaku.

5) Jangkitan
Jangkitan mudah berlaku disebabkan sistem imun tidak berfungsi dengan baik dan gula dalam darah tinggi. Kuman mudah membiak dalam keadaan gula dalam darah tinggi. Jika kuman sudah merebak, maka sel imun tidak dapat melindungi luka pembedahan dari dijangkiti. Bila luka sudah dijangkiti maka proses pemulihan luka pembedahan menjadi semakin lambat.

Cara Mengekalkan Bacaan Gula Normal

kencing manis, kawal bacaan gula dalam darah

Merawat pesakit kencing manis memerlukan pengetahuan yang lebih untuk pastikan gula dalam darah mereka normal. Jika terlalu rendah mereka akan mulai pitam jika terlalu tinggi mereka boleh hilang selera makan dan lemah.

Jadi, ini antara cara untuk kekalkan bacaan gula :

  • Pastikan ubat @ insulin di makan atau diguna mengikut sukatan yang doktor sarankan
  • Pastikan pengambilan pemakanan pada sukatan yang sederhana
  • Pastikan bacaan gula disemak sebelum dan selepas makan
  • Elakkan minuman manis
  • Elakkan pengambilan susu pekat
  • Elakkan makanan yang berminyak
  • Pengambilan buah-buahan hanya suku dari sebiji buah. Contoh : suku epal. Jika betik ambil separuh potong.

Hubungi Saya Pengedar Shaklee Meru Kapar Klang Saliza

Tips Untuk Baiki Luka Cepat Sembuh

  • Pastikan Bacaan Gula Normal
  • Amalkan Pengambilan Anti oksidan Untuk Elakkan Saluran Darah Sempit
  • Vitamin C Untuk Tingkatkan Sel Imun
  • Vitamn B Untuk Kelancaran Peredaran Darah
  • Antibiotik JIka Berlaku Jangkitan

“Dapatkan Segera Vitamin Luka Pembedahan”Cara cepat sembuhkan luka pembedahan 10

Atau Hubungi Saya Untuk Dapatkan Tawaran Yang Lebih Lumayan dan Konsultasi Percuma

Hubungi Saya Pengedar Shaklee Meru Kapar Klang Saliza

1 thought on “5 Punca Kenapa Luka Pembedahan Lambat Sembuh”

  1. Pingback: Luka Pembedahan Laparoskopi - Tips Untuk Cepat Pulih ~Vivix Shaklee

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge