kurangkan kencing manis

Bagaimana Nak Kurangkan Kencing Manis

kurangkan kencing manis 1

Saya berpengalaman lama dalam menjaga pesakit kencing manis. Bila cerita pasal kencing manis mesti ramai yang dimomokkan,

“Eyh jangan makan ubat, nanti buah pinggan rosak”

Padahal punca sebenar bukanlah kerana ubat, tapi kerana kawalan gula dalam darah yang teruk sehingga ditahap yang merbahayakan. Sehinggakan doktor terpaksa up kan dose bagi kawal kencing manis, tapi sebenarnya ada ke cara nak kurangkan kencing manis?

Sebenarnya, Ada Ke Cara untuk Kurangkan Kencing Manis?

Bila kita ada appointment doktor, doktor akan cek kencing manis kita, dan sekiranya bacaan semakin tinggi dari sebelum ini, doktor akan bertanya:

Doktor : “Makcik ada makan ubat” .

Makcik : “Makan”.

Tapi dengan bacaan gula yang tinggi, dan dalam keadaan ubat dah pun dimakan, doktor akan merasakan dose ubat yang doktor berikan tak mencukupi untuk mengawal gula dalam darah.

Maka, Doktor pon upkan dose ubat lagi. Dari sehari hanya perlu sebiji, kepada 3 biji sehari. Jika gula dalam darah masih tak dapat dikawal, doktor mungkin akan mencadangkan pengambilan insulin pula.

Kandungan gula dalam darah yang tak terkawal inilah sebenarnya punca kenapa buah pinggang rosak. Jadi amatlah penting untuk kita kawal bacaan gula supaya buah pinggang kita tak terjejas.

kurangkan kencing manis

Tips Kurangkan Kencing Manis

Seriously memang ramai orang mencari tips dan petua untuk kurangkan kencing manis. Berlambak kat internet pelbagai petua. Tapi betul ke semua petua tu?

Bukan apa, terlampau banyak produk yang bukan-bukan di pasaran namun sebenarnya langsung tak diluluskan oleh KKM, bahkan terlalu banyak mengandungi steroid berbahaya.

Masalahnya, adakah betul ke dengan pengambilan produk-produk ini, kencing manis berjaya dikurangkan?

Terdapat satu produk yang pernah saya berikan kepada mak saya untuk tujuan memberi mak tenaga. Namun, saya dapati bacaan gula mak meningkat mendadak sehingga 20mmol/L! Dah lah gula naik, mak jadi tak selera makan, dan tentunya makin lemah. (Pesakit kencing manis memang akan selalu tak bertenaga komplikasi dari gula yang tinggi dalam darah).

Saya stopkan terus produk tersebut. Bahaya!

Bagaimana Nak Kurangkan Kencing Manis, Boleh Ke Sebenarnya?

Ada banyak cara sebenarnya untuk kurangkan bacaan kencing manis ni. Antaranya :

  1. Ikut pengambilan ubat yang doktor sarankan
  2. Makan pada kuantiti yang sedikit tapi kerap
  3. Sebaiknya minuman susu pekat manis dijauhkan
  4. Lakukan senaman/pergerakan ringan seperti berjalan
  5. Kurangkan pengambilan makanan daripada sumber karborhirat ringkas terutama nasi dan gula putih
  6. Makanan yang kaya dengan serat yang bantu untuk elakkan sembelit.
  7. Vitamin Untuk tingkat imun sistem dan beredaran darah
  8. Perbanyakkan sumber protein
  9. Sebaiknya makan makanan yang rendah Glisemik Indeks (GI) yang membolehkan pesakit kencing manis menahan lapar lebih lama.

Berikut adalah antara contoh makanan yang rendah Glisemik Index.

bagaimana nak kurangkan kencing manis 6

Pengalaman Menjaga Pesakit Kencing Manis ?

Pengalaman saya sendiri menjaga mak yang menghidapi kencing manis, saya pastikan mak saya makan sekerap yang mungkin tetapi kuantiti yang sedikit.
Jadual makanan mak ialah,

  • Pukul 7 pagi,
  • Pukul 11 pagi,
  • Pukul 1 tengahari,
  • Pukul 4.00 petang ,
  • Pukul 8 malam
  • dan pastikan mak makan ubat ikut peraturan.

Something Special Buat Mak

Selain itu, yang biasa saya buat : Sebulan 2 kali akan ada hari istimewa untuk mak. Maksudnya mak boleh makan makanan kegemaran dia, tapi dalam kuantiti yang sedikit. Lagipun saya tak nak mak rasa hidup dia da berakhir sebab kena sekat makanan beliau. Kawalan kuantiti makanan itu sangat penting. sebab saya tak nak bacaan gula dalam darah meningkat sehingga menganggu rutin harian beliau. Saya juga akan pastikan bacaan gula dalam darah dalam tempoh 3 bulan tip top. Dan setakat ni, bacaan hba1C mak saya 5mmol/L pada bulan 12 2017. 

Tambahan untuk mak, Saya akan pastikan ibu secara tetap mengambil sesudu Vivix sehari. Ini kerana minuman botanik ini mengandungi resvaratrol yang bantu secara semula jadi meningkatkan insulin bagi mengawal gula darah darah. Selain itu ia juga bantu untuk peredaran darah berjalan lancar, bagi mengurangkan kebas kaki mak.

Memang positif sangat untuk kurangkan kencing manis mak!

makanan untuk kurangkan kencing manis

 

Makanan Yang Boleh Kurangkan Kencing Manis?

Nampak macam derita je kan pesakit kencing manis ni bila dah hidap kencing manis. Tapi hakikatnya masih ada banyak makanan yang boleh kurangkan kencing manis tu sendiri. Betul , memang banyak je makanan yang boleh makan, saya tidak had kan jenis makanan mak, tapi saya kawal kuantiti dan masa makan.

Saya memang marah bila ada yang yang bercakap

” Ala , makan je , tak makan mati juga” .

Memang kita faham, samada kita makan atau tidak kita pasti akan mati. Tapi jika kita ditakdirkan hidup lama, tapi mendatang risiko yang teruk, ia lagi memudaratkan pesakit dan ahli keluarga. Sebab Komplikasi kencing manis sangat tinggi. Antaranya :

Tapi terdapat makanan yang mampu kurangkan Kencing Manis, antaranya :

  • Buah Epal : Kajian menunjukkan pengambilan 2 biji Buah Epa sehari mampu mengurangkan gula.
  • Peria : antara sayuran pahit yang mengandungi Nutrisi phytokimia membantu badan menurunkan paras gula dalam badan.
  • Ubi keledek : mengandungi antioksidan dan Vitamin B yang membantu untuk kesihatan yang lebih baik. Ia juga merupakan makanan yang mempunyai Glisemik yang rendah.
  • Oat : Bijiran yang bantu rendahkan gula dalam darah dan bantu untuk kurus
  • Avacado : Antara makanan yang mempunyai sensitiviti untuk meransang insulin. Bilan insulin meningkat , maka gula dalam darah dapat di kawal.

Minuman? Ada ke Minuman Untuk Kurangkan Kencing Manis?

Mesti lah ada! Antara kegemaran mak saya ESP (Soy Protein Isolated Powder) campur minunam botanik VIVIX. Saya suka buat sejuk-sejuk. Rasa minuman yang segar, manis semulajadi, masam dari Vivix kerana antara ramuan ViVix ialah Anggur Muscadine dan Beri.

1) Soy Protein Isolated Powder

  • Merupakan Soya Non GMO
  • Kandungan Glisemik Indeks yang rendah iaitu 39
  • Non lemak
  • Membekalkan tenaga yang tahan lebih lama
  • Mengandungi Kalsium untuk kuatkan tulang bagi pesakit kencing manis
  • Menpunyai Vitamin B6 yang bantu saluran darah dan mengurangkan rasa kebas yang biasa dialami pesakit kencing manis

2) Cinch Shake Mix Shaklee

  • Indeks glisemik – 22 yang amat sesuai pesakit pengidap kencing manis.
  • mengandungi 24 gram protin bagi setiap hidangan untuk membantu kita merasa kenyang.
  • Kandungan serat yang tinggi iaitu 6gm serat setiap hidangan
  • GI yang rendah untuk bantu mengekalkan kadar gula darah ditahap yang normal
  • Mengandungi Cinch Pro iaitu campuran eksklusif protin dipertingkatkan dengan leucine – asid amino
  • Powered by leucine bagi memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan dan mengekalkan tenaga
  • Memberikan 35% atau lebih Nilai Harian kepada 21 vitamin dan mineral penting
  • Soya bebas GMO
  • Tiada perasa tiruan, warna dan pemanis

3) Cinch Tea Shaklee

  • Mengandungi Polyphenol yang mampu meningkatkan paras insulin dalam badan
  • Rendah kaffein dan GI rendah
  • Minuman alternatif kopi@teh yang terbaik.
  • Kandungan gula yang rendah
  • Memberikan Peningkatan tenaga
  • Tiada perasa tiruan, warna dan pemanis
  • Tinggi antioksidan dan Mampu meningkat metabolisme

4) Vivix

  • Tinggi antioksidan
  • Meningkatkan kesihatan mata
  • Menyokong kesihatan sendi
  • Meningkatkan sensitiviti insulin bagi mengawal kencing manis
  • Mengurangkan risiko kerosakkan saraf dan baik pulih saraf sebab Vivix berkeupayaan melingdungi sel dan memperbaiki sel

kurangkan kencing manis 7

7 thoughts on “Bagaimana Nak Kurangkan Kencing Manis”

  1. keluarga saya, ibu bapa semua ada diabetes. Saya ni pun menahan diri daripada over makan manis2 ni. Sebab penyakit diabetes ni memang sangat menyeksakan.

    1. sebab tu kena amalkan hidup sihat, pengambilan makanan yang seimbang, senaman , dan vitamin mengikut keperluan. sebab bila da ada keturunan, besar kemungkinan, kita pun kena tempias.

  2. Yg kakak perasan skrg ni, apabila umur dah meningkat, mcm2 jenis penyakit akan dtg bertandang. Kalau nasib baik & detect awal, dpt elak dr jadi serius. Mmg kena buat regular check-up & jaga diet.

    1. aah, kementerian kesihatan pun memang sangat galakkan sekurang-kurangnya setahun sekali buat pemeriksaan. Kat sini kita boleh tahu tahap kesihatan kita setiap tahun

  3. wah
    bagus
    mak saya selalu amalkan benda2 yang dalam entry nih sebab dia ada kencing manis
    alhamdulillah sekarang stabil dan dia tetap jaga pemakanan dia
    tips yang bagus dan memang berkesan

    1. kencing manis memang kena jaga, sebab akan dapat komplikasi lain, sekiranya tak kawal , seperti saluran darah sempit boleh jadi gangren, kerosakkan buah pinggan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge