cara memilih kasut bagi pesakit kencing manis 2

Cara Memilih Kasut Bagi Pesakit Kencing Manis

cara memilih kasut bagi pesakit kencing manis 6

 

Pagi tadi saya ada mendengar di Radio IKIM berkenaan tajuk ” Penjagaan Luka Kaki Pesakit Diabetes” oleh Prof. Madya Dr. Yazid Bajuri. Banyak sangat input saya dapat. Dan ada juga yang telah saya kongsikan dalam entry sebelum berkenaan cara penjagaan kaki bagi pesakit kencing manis dan cara elakkan luka menjadi gangren. Sebenarnya bila cerita bab kencing manis, ia sangat dekat dengan saya, kerana mak saya sendiri adalah pesakit kencing manis. Dan kerana kurangnya saya pendedahan tentang risiko-risiko yang bakal pesakit kencing manis alami, mak saya terpaksa lakukan amputasi. Rasa sangat kecewa, sedih, marahkan diri kerana tidak ambil berat. Dan disebabkan kisah mak, saya nekad saya nak pastikan orang diluar sana faham dan kenapa kita perlu ambil tahu pasal kencing manis. dan kalau boleh elakkan kencing manis terjadi pada kita dan keluarga kita. Entry kali ini berkenaan cara memilih kasut bagi pesakit kencing manis. Eyh penting tau, sebab memilih kasut yang sesuai bantu elakkan pesakit kecing manis terluka. Bila luka memang sangat lambat pemulihan nanti. Ini memang sangat bahaya. 

 

Cara Memilih Kasut Bagi Pesakit Kencing Manis

 

Saya dulu camtu juga, pilih kasut nak cantik je untuk mak, tak fikir pun selesa ke sesuai ke, yang penting mak suka. Padahal kita perlu pilih kasut yang selesa untuk dia. Kasut yang dipilih bukan sahaja selesa malah perlu pilih kasut yang boleh kurangkan tekanan pada kaki untuk elakkan luka @ ulser terjadi. Dan sebaiknya pilihlah kasut yang bertutup penuh. elakkan memilih memakai selipar jepun, terompah atau sandal. 

Dan ada juga yang memilih kasut atau selipar yang ada fungsi refleksologi. betul tak kalau saya katakan kita beli kasut jenis macamtu, sebab nak hilangkan kebas kaki? Sebenarnya salah tau sebab bagi pesakit kencing manis, disebabkan deria rasa mereka sudah berkurang, mereka sukar untuk merasa sakit. Sebab itu bahaya, takut-takut mereka terluka disebabkan nak cari yang betul-betul berkesan.

Sebaiknya pilihlah kasut mengikut ciri-ciri ini :

  • Kasut yang diperbuat daripada getah, yang mudah merengang
  • Kasut yang bertali atau ada “zap on dibahagian atas. Ini kerana kasut jenis ini , keluasan kasut boleh diubah mengikut keselesaan dan keadaan.
  • Pilih tapak kasut yang mempunyai tumit ( sekurang-kurangnya 2 cm). Pastikan juga tiada jahitan ataupun lipatan yang tajam dibahagian dalam kasut. Pilih kasut jenis B, yang dapat beri ruang kepada jari-jari untuk bergerak.
  • Pakai kasut beserta stokin yang jenis kapas untuk menyerap peluh.

Kenapa Kaki Senang Mendapat Luka

 

cara memilih kasut bagi pesakit kencing manis

 

Bila terlalu lama menghidapi penyakit kencing manis, ia sebenarnya memberi risiko kepada kaki untuk senang terluka dan dijangkiti. Ini disebabkan beberapa faktor, yang mana pesakit kencing manis tidak dapat menyedari luka yang berlaku. Kesan ini juga terjadi bila mana pesakit tidak mengawal gula dalam darah menjadi stabil. Ini akan menyebabkan pesakit terdedah kepada beberapa simpton iaitu :

#‘Sensory Neuropathy’
Kurang deria rasa. Keadaan ini berlaku, bila mana saraf deria rasa pada kaki telah rosak. Ini mengakibatkan pesakit kencing manis berasa kebas. Bila kebas maka, pesakit tidak dapat menyedari terdapat luka pada kaki.

‘Motor Neuropathy’
Keadaan ini terjadi bila mana otot-otot kecil di bahagian kaki musnah, dan tulang serta sendi kaki rosak. Ini akan menyebabkan struktur kaki menjadi tidak normal dan Luka tekanan akan berlaku di bahagian tersebut

#‘Vasculopathy’
Saluran darah tersumbat. Ini yang menyebabkan kaki tidak dapat oksigen dan zat yang mencukupi. Bila kawasan kaki tidak dapat oksigen yang cukup, maka sel dan tisu akan mati atau berlaku gangren. Ini menyukarkan penyembuhan luka, kerana antibiotik tidak dapat disalurkan kebahagian yang luka.

#‘Autonomic Neuropathy’
Kulit kaki kering dan merekah. Ini terjadi disebabkan kawalan peluh pada kaki tidak lagi berfungsi. Ini yang menjadi punca untuk luka senang merebak dan dijangkiti.

#‘Immunopathy’
Sel imunisasi badan lemah menyebabkan kesakit tidak dapat mengawal jangkitan kuman dengan lebih efektif. Ini akan menyebabkan jangkitan kuman senang merabak.

Disebabkan faktor-faktor ini, pesakit kencing manis akan mendapat komplikasi seperti:

  • Kerosakkan Saluran darah yang menjadi punca Gangren
  • Sendi dan tulang menjadi Abnormal
  • Jangkitan kuman mudah merebak menyebabkan amputasi.

Akibat Pemilihan Kasut Yang Tidak Sesuai

 

cara memilih kasut bagi pesakit kencing manis 5

Jadi kita sebagai anak pesakit kencing manis, ambil lah tahu keadaan ibu ayah kita, mungkin suami atau isteri kita. Pencegahan itu lebih baik kan. Jadikan kisah saya sebagai ikhtibar. Dan mengikut kajian bila ibu @ ayah menghidapi kencing manis, maka keturunannya akan mengikut juga. Tapi sebenarnya jika kita ubah cara pemakanan, cara hidup(lakukan senaman/pergerakkan) dan pengambilan vitamin yang sesuai ia bantu kita untuk elakkan kencing manis terjadi. 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge