X

Cara Merawat Luka Gangren Di Rumah

 

Inilah saat yang sangat mencabar saya dan keluarga untuk pastikan kaki ibu pulih. Selepas pemedahan, saya bukan sahaja perlu tahu bagaimana cara merawat luka gangren ibu tapi saya perlu juga rawat hati ibu. Emosi yang mudah terganggu akibat kehilangan kaki bukan satu yang mudah.

Kenapa Cara Merawat Luka Gangren Berkaitan Dengan Emosi?

Mestilah berkaitan. Sebab dulu ibu boleh bergerak sendiri, sekarang semua perlukan bantuan. Rutin harian pun berubah, dulu beliau boleh duduk dirumah sendiri. Sekarang perlu ada yang menemani. Luka gangren juga kadang-kadang berdenyut membuatkan dia rasa tak selesa. Jadi cara merawat luka gangren ibu merangkumi banyak faktor .

Antaranya :

1) Pemakanan

Cara merawat luka gangren sangat berkait rapat dengan pemilihan makanan. Pemakanan yang sihat atau “eat clean” sangat sesuai untuk ibu. Menu ibu kebanyakan masakan yang direbus. Lebihkan ikan untuk dapatkan protein. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin dan antioksidan. Ini penting agar bacaan gula sentiasa dibawah paras 8mmoI/L selepas makan. Jika bacaan gula tinggi proses penyembuhan akan menjadi lambat. Ini pasti akan ibu berasa runsing.

2) “dressing”

Perkara paling utama bagaimana cara merawat luka gangren adalah pemilihan barang untuk dressing. “Dressing” atau lebih difahami cuci luka perlu dibuat setiap hari. Barang yang saya guna antaranya dermacyn, duoderm gel, aqua cel extra dan krim (vitamin E).

3) Vitamin

Vitamin ini adalah tambahan untuk ibu. Ini juga sangat membantu bagi merawat luka gangren. Bila setiap hari, ibu asyik bertanya bila luka akan sembuh. Saya perlu lakukan sesuatu. Sebab itu saya bagi ibu vitamin antaranya protein, asid amino, vitamin B, C dan E.

Nakkan Vitamin Yang Mempercepatkan Luka Gangren Di Rumah

Vitamin yang dicadangkan :

1) ESP – Soy Protein Isolate Powder

Kaya dengan protein yang boleh menghasilkan tisu baru. Protein merupakan asas kepada perbentukan tubuh jadi ia sangat membantu untuk pertumbuhan daging yang baru. Asid amino juga membantu dalam pembentukan kalogen yang mana ia sangat bagus itu tisu baru.

2) Sustainable Vita C Plus

Sangat baik untuk penyembuhan luka kerana, Vitamin C bertindak membentuk, membina dan memperbaiki tisu seluruh anggota badan.

3) Vivix

Kaya dengan resveratrol yang mana ia berfungsi untuk memperbaiki sel, melindungi sel, meningkatkan tenaga sel, dan mengoptimumkan pergerakan sel.


 

 

View Comments