Penjagaan Kaki Pesakit Diabetes

Cara Penjagaan Kaki Untuk Mengelakkan Kaki Dipotong-Pesakit Kencing

cara penjagaan kaki 3

Apa yang paling dikhuatiri bagi pesakit kencing manis adalah kaki. Korang tahu tak? Bagi pesakit kencing manis berisiko untuk potong kaki. Ish, bahaya tau, sebab itu penjagaan kaki sangat penting untuk mereka. Aliran darah sukar untuk sampai ke kaki, sebab tu juga mereka sering kebas, dan kekadang mereka tidak menyedari luka yang terjadi.

Bila ada luka lagi bahaya! Bagi pesakit kencing manis yang da lama menghidapi kencing manis akan mengakibatkan saluran darah mereka semakin sempit, ini menyukarkan oksigen untuk sampai ditempat luka. Bila oksigen tak sampai, luka lambat baik, bila lambat baik kuman senang merebak, bila da merebak jadi gangren, maka kaki akan dipotong. Errrr.. bahayakan. Tapi itu je penyelesaian yang terbaik. Jadi kita kena tahu cara penjagaan kaki untuk mengelakkan kaki dipotong.

Cara Penjagaan Kaki Bagi Pesakit Kencing Manis

 

1. Sentiasa Memeriksa Kaki

Dinasihatkan untuk memeriksa kaki setiap hari selepas keluar rumah. Penting tau, sebab pesakit kencing manis ni dorang tak rasa da kalau kaki terluka. Sebab kaki dorang da kebas.

Gunakan cermin untuk lihat kawasan yang sukar. Sebab takut-takut ada calar, bisul, rekahan atau bengkak. Boleh minta bantuan pasangan atau anak- anak. Ini lebih baik, sebab mereka boleh nampak secara terus.

2. Pastikan Kaki Sentiasa Bersih

Jaga kebersihan kaki penting terutama di celah-celah kaki. Pastikan dibersihkan dan sentiasa kering. Sebaiknya cucilah kaki dengan air suam dan gunakan sabun yang tidak berasid. Ini untukkan kulit terhakis. Kemudian sapulah losyen untuk kekalkan kelembapan. Sebab bila kulit kering ni, senang gatal-gatal. Bila da gatal, confirm mengaru.. emm.. bila da garu, luka lah kaki. Kan da gitahu tadi bahaya jika pesakit kencing manis dapat luka. Jadi pastikan kaki sentiasa bersih supaya kuman tak hinggap, lagi2 di celah kuku.

3. Pakai Sarung Kaki atau Kasut

cara penjagaan kaki 2

Pakai sarung kaki@stokin ini bantu elakkan kaki terpijak benda yang tajam dilantai. Walaupun hanya berada dirumah, berhati-hati itu lebih baik. Korang kena tahu tau, ada kasut @ selipar yang sesuai untuk pesakit kencing manis. Sebab pemilihan kasut yang sesuai bantu untuk mengurangkan tekanan  pada kaki yang akan cenderung untuk menjadi ulser. Bahaya2.

4. Tips potong kuku

cara penjagaan kaki

Hihihi.. potong kuku pun ada tips tau. Mesti-mesti, sebab pesakit kencing memang sangat berisiko dipotong kaki kalau tak dijaga dengan teliti. Minta bantuan pasangan atau ahli keluarga lain jika penglihatan sudah kabur. Disarankan pemotongan kuku hendaklah secara lurus dari hujung ke hujung dan bukan dengan cara membulat.

5. Berwaspada Ketika Bermain Dengan Haiwan Peliharaan.

Jangan fikir haiwan peliharaan tidak akan mencakar. Jadi oleh sebab itu bila bermain dengan mereka sentisa berwaspada atau berhati-hati untuk elakkan luka terjadi. 

6. Pastikan Peredaran Darah Sentiasa Lancar

Bagaimana nak pastikan peredaran sentiasa lancar? Kita kena pastikan diri kita sentiasa bergerak. Jika duduk terlalu lama, maka gerakkan lah hujung jari kaki dan pergelangan kaki, supaya peredaran darah berjalan. Sekurang-kurangnya pastikan lakukan dalam tempoh 5 minit. Sebaiknya lakukan 2-3 sesi sehari. Ini bantu untuk darah sentiasa berjalan dengan lancar.

7. Pastikan kaki dilindungi dari kesejukan atau kepanasan

Sebelum mandi air panas, pastikan suhu kepanasan yang sesuai, sebelum masukkan kaki ke dalam air panas.

8. Rujuk doktor jika terdapat ulser atau nanah

Jika terdapat luka, nanah atau ulser terus berjumpa doktor. Dapatkan rawatan yang segera,  untuk elakkan jangkitan berlaku. Jangkitan ini juga boleh menyebabkan gangren berlaku. 

Sebenarnya komplikasi penyakit kencing manis memberi impak yang besar. Rutin harian berubah.Kos rawatan bertambah. Sebab kencing manis akan mengakibatkan penyakit lain datang seperti kerosakan buah pinggang, mata semakin kabur.

Jadi, amalkanlah cara hidup yang sihat kerana pencegahan lebih baik dari merawat. Dan bagi pesakit kencing manis, ikutlah saranan doktor, makan ubat yang ditetapkan, kawal pengambilan makanan, dan bantu dengan vitamin untuk lindungi kerosakkan organ yang lain.

2 thoughts on “Cara Penjagaan Kaki Untuk Mengelakkan Kaki Dipotong-Pesakit Kencing”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge