X

Cara sembuhkan Tulang Patah Agar Cepat Pulih

 

Tulang Patah! Bercelaru fikiran kita bila ada dikalangan keluarga mahupun saudara mengalami Kemalangan@kecederaan sehingga boleh menyebabkan tulang patah.  

“Boleh ke Baik semula”

“Confirm ke tulang tu boleh bercantum”

“Boleh ke sembuhkan tulang patah”

Menurut  sumber Myhealth(http://www.myhealth.gov.my/penyembuhan-tulang/),  tulang yang patah sebenarnya ia berkeupayaan untuk sembuh semula. Ini kerana Ia merupakan tisu yang unik yang mana ia mampu untuk sembuh dan membentuk semula tulang sehingga normal atau hampir normal.

Bagaimana Sembuhkan Patah Tulang?

 

 Penyembuhan Tulang  patah akan melalui 5 peringkat:

  1. Inflammasi dan pembekuan darah (72 jam pertama)
  2. Pembentukan tulang lembut (2 hari ke 2 minggu)
  3. Pembentukan tulang keras.( 2-6 minggu)
  4. Union (sembuh sepenuhnya)-3-6 bulan

Jika kita lihat peringkat untuk sembuhkan tulang patah, ia perlu mengambil masa sehingga 3 ke 6 bulan untuk pastikan tulang tersebut bercantum dan sembuh sepenuhnya.

Pengambilan nutrisi yang lengkap sangat membantu penyembuhan tulang yang patah bercantum semula.

Tips Sembuhkan Tulang Patah

Kita perlu tahu apa faktor yang boleh membantu tulang patah sembuh semula:

  1. Usia yang Muda
  2. Kesihatan yang baik
  3. Aktif
  4. Pengambilan nutrisi yang betul
  5. Saraf berfungsi dengan baik
  6. Tidak merokok
  7. Patah yang tidak teruk
  8. Tiada serpihan tulang yang hilang
  9. Bekalan darah yang cukup
  10. Tulang dibahagian sendi
  11. Cukup masa immobilisasi(pergerakkan dihadkan) dan stabil
  12. Tiada jangkitan kuman
  13. Pergerakan awal setelah disyorkan doktor.

Jadi untuk pastikan tulang yang patah kembali bercantum semula antara tips yang boleh diikuti ialah :

1) Urutan

Urutan beri manfaat untuk aliran darah berjalan lancar. Ini bantu nutrisi yang kita ambil dapat sampai di keseluruhan kawasan tulang yang patah untuk cepat sembuh.

2) Latihan/Senaman

Latihan ini penting bagi menguatkan otot-otot yang terlibat.  Ia hendaklah dibuat mengikut kemampuan dan tidak member bebanan terhadap tulang yang patah @ retak.

3) Berhenti Rokok

Faktor pemulihan tulang patah juga antaranya adalah tidak merokok. Ini kerana amalan merokok menyebabkan kepadatan mineral berkurang dan menyebabkan aliran darah tidak dapat berjalan lancar. Ini menyukarkan dan melambatkan penyembuhan tulang patah. Oleh itu, sebaiknya berhenti rokok untuk tulang patah cepat sembuh.

 

 

Makanan Untuk Sembuhkan Patah Tulang

 

1) Susu

Banyak kajian yang menunjukkan bahawa susu kaya dengan protein dan kalsium. Disebabkan tulang merupakan tisu yang unik, pengambilan protein sangat membantu pembentukan tisu tulang yang lebih baik. Dan Kalsium bantu untuk Meningkatkan jisim kepadatan tulang bagi mempercepatkan penyembuhan tulang patah.

2) Brokoli

Brokoli merupakan Sayuran hijau yang mengandungi Vitamin K. Vitamin K juga berguna membina jisim tulang dan secara langsung membantu penyembuhan tulang telah rosak.

3) Orange

Kolagen adalah protein yang berfungsi membina blok bangunan untuk tulang. Dengan pengambilan orange yang kaya dengan vitamin C bantu membantu badan menbina kolagen untuk cepatkan tulang patah sembuh.

4) Daging Merah

Daging Merah antara makanan yang kaya dengan Zat besi. Pengambilan Zat Besi penting untuk meningkatkan sel Darah Merah (hemoglobin). Ini kerana Jika sel darah merah dalam keadaan baik pemulihan tulang patah dapat dipercepatkan. Bukan itu sahaja , ia bantu badan membuat kolagen dan membina semula tulang. Selain itu, zat besi juga berperanan mendapatkan oksigen ke tulang untuk cepat sembuh.

5) Pisang

Makan makanan yang kaya dengan potassium/kalium antaranya Pisang. Ia juga penting untuk kesihatan tulang. Sama seperti kalsium. Tapi disebabkan Kalsium mudah hilang melalui kencing. Jadi pengambilan potassium dapat menggantikan peranan kalsium.

 

Cara Cepat Sembuhkan Patah Tulang

 

Disini saya akan kongsikan pengalaman 2 orang sahabat saya yang Berjaya sembuhkan tulang patah dalam tempoh yang cepat sehingga memeranjatkan doktor yang merawat.

#Pengalaman Sembuhkan Tulang Patah(Testimoni Pertama)

 

Pengalaman dari adik Faiz. Beliau mengalami kemalangan Jalan raya pada usia 23 tahun. Beliau terpaksa menjadi “iron man” selama 3 bulan untuk pulih sepenuhnya tulang yang patah.

Pada awal tahun 2015, beliau mengalami kemalangan sehingga badan beliau

Tercampak ke dalam gaung, gara-gara untuk mengelak dari sebuah kereta yang memakan jalan. Kemalangan ini menyebabkan tulang belakang beliau patah dan juga tulang ditelapak kaki.

Doktor memberitahu bahawa tulang itu akan sembuh kerana usia beliau yang masih muda tapi doktor tidak dapat pastikan berapa lama waktu penyembuhan itu.

Disebabkan doktor hanya beri ubat tahan sakit, beliau merasakan untuk bertindak lebih agresif bagi memastikan tulang yang patah dapat pulih dengan cepat.

Beliau telah mengamalkan ESP, Zinc , ostematrik Dan AJHT. Alhamdulillah dengan izin allah setelah amalkan secara konsisten selama sebulan tanpa culas, Tulang patah yang beliau alami telah bercantum semula!!

Setelah membuat xray untuk rawatan lanjut, Doktor yang merawat sangat terkejut sehingga memanggil doktor yang lebih senior untuk pastikan xray yang dilihat betul. Ini memang menakjubkan kerana tulang patah boleh sembuh dalam masa sebulan. Sedangkan mengikut peringkat penyembuhan tulang patah sekurang-kurangnya pelu mengambil masa 3 bulan!

Doktor telah benarkan untuk buka simen dibahagian kaki, tapi doktor sarankan untuk teruskan kekalkan simen dibadan beliau selama 6 bulan untuk pastikan tulang belakang benar-benar sembuh dan bercantum dengan baik

Bulan ketiga beliau berjumpa doktor semula untuk temujanji yang ketiga, setelah xray dibuat, doktor dapati tulang telah bercantum dengan sempurna, dan doktor telah membuka bengkung simen di badan dan menasihati beliau supaya tidak menunggang motorsikal selama setahun.

Alhamdulillah!!,seronok sangat kerana beliau tak perlu lagi digelar “iron Man” lagi. Dan sudah boleh bergerak seperti sediakala.

Beliau masih amalkan ostematrik dan ESP. Beliau berkata pengambilan kalsium yang mencukupi penting untuk pastikan tulang b

#Pengalaman Sembuhkan Tulang Retak(Testimoni Kedua)

 

Puan Ziela terhempap kaki dengan Bola Bowling!

Waktu tu beliau mengemas rumah tiba-tiba bola bowling jatuh dan menghempap kaki beliau. Beliau merasakan tulang beliau retak, sebab bila pegang seperti tiada tulang.

Alhamdulillah, ajaib sangat selepas pengambilan Vivix tulang yang dia rasa tak macam tulang pada asalnya, kini sudah ada bonjolan seperti biasa.

Sebenarnya pengambilan Vivix bantu beliau untuk lancarkan pengaliran darah. Dan fungsi Vivix adalah memperbaiki sel dan melindungi sel, serta meningkatkan fungsi sel dan mengoptimumkan pergerakan sel.

 

 

 

View Comments