Luka pembedahan Lambat baik-cara atasinya

Luka Pembedahan Lambat Baik – Cara Atasinya

Luka pembedahan Lambat baik-cara atasinya

Luka pembedahan bernanah!! Seramnya. Mana tak nya. Bila bernanah lambat lagi nak baik. Lagi mengerikan bila kawasan luka di antara bahagian dubur dan faraj. Kebiasaan luka ini terjadi disebabkan bersalin secara normal yang menyebabkan proses episiotomi.

Episiotomi adalah rutin biasa yang dilakukan doktor dengan menggunting sedikit di bahagian faraj ketika proses kelahiran bayi secara normal. Ini bagi mengelakkan koyakkan besar berlaku ketika kelahiran bayi. Jika koyakkan besar maka makin sukar untuk luka cepat sembuh. Lagi-lagi bila luka ini dibahagian faraj yang sentiasa basah. Bila luka bernanah, mesti kita rasa berdenyut-denyut dibahagian luka. Tidur jadi tak lena, pergerakan makin sukar, bertambah perit kita baru lepas bersalin. Boleh meroyan kan.

Itu baru luka disebabkan proses episiotomi. Bagaimana pula bagi ibu- ibu yang perlu melahirkan melalui proses ceaseran. Walaupun luka pembedahan dijahit tetapi jika tidak dijaga dengan teliti. Luka pembedahan akan mudah dijangkiti dan  luka akan bernanah.. 😥😥. Ini akan menjadikan luka pembedahan lambat baik dan menyukarkan pergerakan ibu yang perlu menjaga dan menyusu bayi yang baru dilahirkan.

Pemilihan Makanan Atasi Luka Pembedahan Lambat Baik

Bagi mengelakkan luka dijangkiti dan bernanah, kita perlu tahu apa makanan yang bantu untuk elakkan luka pembedahan lambat baik. Di sini saya kongsi pemilihan makanan yang baik bagi mengelakkan luka pembedahan dijangkiti :

#Pilih Makanan Yang Kaya Dengan Vitamin C
Perbanyakkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan vitamin C seperti Oren, jambu,     strawberi, kiwi, betik, kacang hijau, tomata dan brokoli. Macam mana vitamin C bantu pulihkan luka pembedahan? Vitamin C merupakan antioksidan. Di mana ia mampu untuk menyekat sel dari kerosakkan. Bila sel rosak akan meninggalkan kesan parut pada luka. Vitamin C juga meningkatkan sel imun yang mana dapat mengelakkan luka pembedahan dari dijangkiti

#Perbanyakkan Pengambilan Ekstrak Buah Anggur
Ekstrak buah anggur membantu meningkatkan keupayaan sel membran dan membina saluran darah yang baru. Bila potensi sel meningkat, maka aliran darah berjalan lancar dengan membawa vitamin C keseluruh kawasan yang luka. Ini dapat mengelakkan luka pembedahan lambat baik.

#Vitamin B Sesuai Untuk Pesakit Kencing Manis
Di kalangan pesakit kencing manis kajian menunjukkan mereka kekurangan vitamin B dalam badan. Ini dapat diketahui melalui kajian yang menunjukkan pesakit kencing manis akan mengalami kerosakan organ. pengambilan Vitamin B dapat mengurangkan masalah ini berlaku. Ia juga dapat meningkatkan kualiti sel untuk bantu pemulihan luka. Antara makanan yang mengandungi vitamin B.

  • Soya
  • Cereal
  • Susu
  • Ikan
  • Kekacang
  • Ayam
  • Telur
  • Tomato

#Asid Amino Hasilkan Kalogen
Badan kita perlukan 9 asid amino penting yang mana badan tidak dapat hasilkannya sendiri. Pengambilan asid imino ini akan bantu mengukuhkan blok-blok sel agar sentiasa berdampingan dan juga bantu dalam penghasilan sel-sel tisu yang baru. Ini dapat mengelakkan luka pembedahan lambat baik kerana sel-sel yang cukup nutrisi dapat melawan jangkitan dari berlaku.

Tips Elakkan Luka Pembedahan Lambat Baik

Selain menitik beratkan pilihan makanan, rutin harian penjagaan luka pembedahan penting untuk elakkan luka pembedahan lambat baik.

  • Pastikan luka pembedahan di cuci setiap hari. Luka perlu dibalut untuk elakkan terdedah dengan kuman.
  • Pastikan luka pembedahan sentiasa kering.
  • Penting setiap kali cucian dibuat buang segala “slough” dimana sel tisu yang tidak baik yang menghalang pertumbuhan tisu baru yang lebih sihat.
  • Pengambilan antibiotik selepas pembedahan penting untuk elakkan jangkitan berlaku

“Bagi Mendapatkan Konsultasi Percuma Tentang Tips Cara Atasi Luka Pembedahan Lambat Baik Hubungi Segera Talian Dibawah Ataupun

Hubungi Saya Pengedar Shaklee Meru Kapar Klang Saliza

Dapatkan Terus Produk Shaklee Untuk Atasi Masalah Luka Pembedahan”

Cara cepat sembuhkan luka pembedahan 10

1 thought on “Luka Pembedahan Lambat Baik – Cara Atasinya”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge